Suplemen Penyembuh Kanser Si Kecil

Ibu pesakit saya datang membawa sebotol suplemen kepada saya. “Boleh ke saya nak bagi anak saya makan. Orang yang jual ni cakap boleh sembuh kanser anak saya.”

Saat itu saya rasakan membuak darah naik ke muka saya.

” Penjual suplemen tu siapa? Doktor onkologi ke?” tanya saya sambil menahan rasa geram.

” tu saya maghi tanya Cik Qay dulu. Tak berani beli.” tulus ibunya menjawab.

” Takpe. Saya lebih suka Ma tanya saya dari terus bagi anak makan. Suplemen ni kita tak tahu apa isinya. Kapsul putih macam ni mana pun boleh beli. Isi serbuk kayu, akar kayu pun boleh. Botol pun tak ada label. Macamana nak tahu apa kandungannya. Cop dan kelulusan KKM lagi lah tak ada kan.”

“Kalau makan tak jadi apa-apa tak apa. Tapi anak sekarang dah agak ‘ill’. Platlet rendah. Sembap tangan kaki perut sebab albumin rendah. Bacaan buah pinggang yang sedang elok takut makin teruk pula.” jelas saya.

“Orang boleh kata, boleh suruh jual itu ini dengan claim macam-macam. Ma dan abah yang kena kuat supaya tak ambil dan bagi pada anak. Anak tu anak kita. Kita yang kandung dia. Kita yang jaga dia. Jadi apa-apa kita yang sedih. Kita yang menyesal nanti. Jangan bila dah berlaku baru Ma nangis air mata darah. Tak guna dah. “

” Ada nak tanya apa pasal makanan, diet tanya saja. Mesej pun tak apa. Saya tolong mana yang saya tahu.” terang saya panjang lebar pada ibu pesakit pagi ini.

Dia berlalu dengan puas hati.

Saya marah. Saya geram dalam diam. Mudahnya orang cari duit zaman ini. Menggunakan kesulitan orang lain demi mengisi poket sendiri.

Semalam saya terima mesej seorang ibu arwah pesakit saya yang mengalami depresi setelah kematian anaknya.

Mati itu sudah pasti bagi siapa pun.
Tetapi dalam keadaan anak yang nampak stabil dan tiba-tiba datang kembali ke wad dalam keadaan ‘ill’ membuatkan  tim perawat pelik. Sehingga hari ini tidak tahu bahawa anaknya disogok dengan pelbagai suplemen yang dikatakan menyembuhkan anak.

“Oh..lebam tu tanda nyah toksik.” Rupanya platletnya makin rendah.

” Muntah tu biasalah. Badan tengah cuba serasi dengan ubat.” Dia tidak tahu, muntah hitam bermakna sudah bercampur darah biasanya.

“Tak apa. Teruskan suplemen ni untuk anak. Tak payah pergi lagi hospital tu. Ubat hospital tu yang buat anak lagi teruk. Tunggu bagi habis suplemen ni dua minggu lagi baru pergi.”

Itu kata-kata penjual yang kononnya pandai dan arif lagi tahu.

Tetapi ibu ayahnya bawa juga anak ke hospital seperti dijanjikan. Bacaan hati dan buah pinggangnya mendadak naik dalam masa seminggu lebih.

Mungkin dek  racun sampah yang membunuh dengan senyap. Mungkin juga keadaan anak yang semakin tidak sihat.

Sudah dimasukkan ke ICU pun masih dipujuk supaya terus diberi ubatan tersebut. Kononnya ubat hospital bawa mudarat.

Tanpa melihat. Tanpa memeriksa anak kecil yang bergantung dengan pelbagai mesin itu dia memberi konsultansi.

Mudahnya hidup begini.

Anak ini telah pergi.
Meninggalkan ibu dan ayah dengan kekesalan  dan lara yang berpanjangan. Takkan mampu dapat diubati kesakitan yang mereka rasai walau seribu tahun lagi.

Ibu ayah mana pun akan sehabis daya mencari kesembuhan buat anak. Silap dengar nasihat, anak yang menerima padah.

Si penjual suplemen boleh bersukaria dan senang hati.
Mana dia tahu, hati lara seorang ibu yang jiwanya telah dibawa.

Tunggulah sampai di mahsyar nanti.
Tidak di dunia ini, di sana nanti pasti.

Ruqayyah Muhd.
Dietitian Pediatrik
Sumber: Team Medical Mythbuster Malaysia
@muslimahcircle🐝

Nota admin:

DMS memiliki beberapa supplemen iaitu produk kurus Fat Loss@ Miss Slim dan Fat Away Choco. Suplemen minuman herba dan sunnah Cell Pro HD1000 dan produk khas Kopi Montok dan Jamu Wanita Miss Me. Namun, kami tidak pernah cuba memberi produk ini kepada wanita yang mempunyai masalah kesihatan. Apatah lagi memberitahu mereka untuk berhenti pengambilan ubat hospital.

Supplemen bukanlah ubat. Jauh sekali mampu menyembuhkan penyakit. Kami juga bukanlah doktor. Walaupun saya sendiri memiliki ilmu dalam bidang kimia dan sains, perubatan bukanlah bidang saya. Oleh sebab itu, soalan-soalan ditanya kepada anda semua pelanggan saya yang mahu mencuba produk DMS. Terutama yang mempunyai penyakit kronik, kami terus tidak beri produk kurus kami untuk anda cuba. Bukanlah bermaksud produk DMS kami merbahaya tetapi siapa mahu bertanggungjawab jika sebenarnya badan anda tidak boleh menerima penambahan ubatan tradisional?

Oleh itu, jika anda mahu kurus, mahu cantik pastikan anda sudah kenal diri anda. Tahu alergi anda supaya tiada masalah yang boleh dihadapi pada masa akan datang.

Sekian,
Pengedar sah DMS360
Emme Marina Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *