DMS360 Original

5 Tips Cuci Muka Dengan Betul

Cara yang salah atau mengambil enteng cara mencuci muka dengan betul boleh menyebabkan kulit anda bertambah kusam atau bermasalah. Setelah seharian anda bermekap, berpeluh atau terdedah kepada kekotoran akibat pencemaran atau persekitaran.

Anda yakin muka anda sudah cukup bersih?

Ikuti 5 Langkah dalam Tips ini supaya wajah anda dapat dibersihkan dengan berkesan dan pastinya muka anda jadi lebih bersih dan sihat!

5 Tips Cuci Muka Dengan Betul

1. Cuci muka sekurang kurangnya 2 kali sehari
Cuci muka sekurang kurangnya 2 kali sehari, pagi sebelum keluar rumah dan malam sebelum tidur. Kekerapan mencuci juga bergantung jika anda bersolek.

2. Bersihkan muka dari sisa makeup
Tanggalkan makeup sebelum mencuci muka. Gunakan makeup remover agar wajah bebas dari sisa makeup yang boleh menyebabkan liang pori tersumbat. Guna makeup remover bebas alcohol.

3. Cuci muka dengan air suam
Kita sering kali mencuci muka menggunakan air sejuk. Tukar rutin ini dan gunakan air suam kerana ia dapat membuka pori pori pada wajah dan memberikan impak mencuci dengan lebih maksima. Mahu kesan yang lebih segar, bilas pula dengan air sejuk.

4. Urut muka dengan lembut
Ketika mencuci muka, urut wajah secara lembut dengan gerakan memutar. Lakukan gerakan memutar ini lebih kurang 30 saat. Ia dapat membantu membuang kotoran dan sisa makeup dengan lebih berkesan.

5. Elakkan menggosok muka dengan tuala.
Setelah selesai mencuci muka, keringkan wajah dengan menekap tuala pada wajah dan bukan menggosok. Ini untuk mengelakkan wajah yang telah dicuci terkena iritasi apabila digosok dengan tuala.

Semoga entri ini bermanfaat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *