DMS360 Original

5 TIPS Pudarkan JERAGAT.

Jeragat merupakan salah satu cela yang tiada diantara kita suka atau gemar melihatnya. Bila muka sendiri penuh dengan tahi lalat kita sudah melatah. Apatah lagi dengan kenaikkan bintik-bintik hitam aka jeragat ni mula memenuhi wajah kita. Dulu, muka kita bersih tanpa bintik hitam, kini, wajah kita mula dipenuhi dengan jeragat hingga kita mula menutup wajah dengan pelbagai alat mekap.
Sedar tidak sedar, apabila kita terlalu asyik bermekap tanpa mempedulikan kesannya jeragat mungkin akan bertambah kronik.
Ada sesetengah wanita yang mula menghidapi masalah jeragat ini apabila usia semakin meningkat naik, ada yang sudah ada sejak kecil lagi (ini disebabkan faktor keturunan) dan mereka yang selalu terdedah kepada kepanasan (haba atau memasak) juga sinaran matahari teruk juga akan mendapat masalah jeragat ini.

Terdapat banyak produk yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah jeragat atau bintik hitam pada wajah. Anda mungkin telah mencuba dan menghabiskan ribuan ringgit untuk cuba memudarkan jeragat namun setiap orang hasilnya tidak sama. Tidak kira anda menghabiskan duit ke salon terkenal sekalipun, jika ianya tidak sesuai pada anda. Hasilnya tetap mengecewakan. TETAPI, jika kita inginkan wajah yang bebas jeragat, kita harus berusaha sehingga bertemu penawar yang sesuai buat diri kita.

Sambil itu, anda haruslah terus mengikuti cara lain yang boleh diamalkan untuk menghilangkan jeragat atau memudarkan jeragat ini sama ada melalui cara ubatan mahupun semulajadi. Tidak sakit jika kita mencuba kan? Apatah lagi jika hanya mengamalkan petua jeragat sahaja dengan bahan-bahan semulajadi.

Mari saya kongsikan 5 TIPS yang boleh anda ikuti dengan mudah bagi memudarkan jeragat anda dan insha Allah jika konsisten boleh dihilangkan jeragat itu sekaligus.

#1 Rajinkan diri scrub muka seminggu 1-2 kali untuk tanggalkan sel kulit mati.

#2 Sapu sunblock walaupun DALAM RUMAH dan jika ingin keluar rumah, sapu 30 minit sebelum keluar.

#3 Pilih skincare yang mempunyai kandungan asid buah seperti AHA -Alpha Hydroxy Acid iaitu lactic acid atau kojic acid. Ia membantu menanggalkan lapisan jeragat di atas kulit. Namun bagi kulit yang sensitif mungkin kurang sesuai dan akan mengalami sedikit kemerahan.

#4 Sapu serum Vitamin C by DMS setiap hari. Vitamin C atau asid askorbik dapat membantu memudarkan kesan jeragat dan bintik hitam serta memberikan kesan pencerahan semula jadi.

#5 Kurangkan terdedah pada cahaya matahari terutamanya pada waktu peak iaitu antara 10 pagi- 4 petang.

DMS merupakan produk rangkaian yang menggunakan bahan semulajadi. Krim siang dilengkap dengan SPF25/45 di mana anda tidak perlu risau lagi akan bahaya cahaya matahari terik. Namun bagi SPF25 anda perlu apply semula kerana kesannya bertahan sehingga 4 jam penggunaan sahaja bagi perlindungan UV. Usah bimbang, kami juga menyediakan sunblock atau foundation dengan SPF yang tinggi iaitu SPF50 malah foundation ini mempunyai fungsi anti jeragat!

Untuk masalah jeragat dan melindungi anda dari sinar UV yang membahayakan kulit dan mencegah jeragat, anda disarankan mengambil set asas dengan tambahan foundation kami. Tidak percaya?

Mari kami tunjukkan testimoni-testimoni pengguna DMS yang berjaya memudarkan dan menghilangkan jeragat mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *