DMS360 Original

DMS 360 Dermax Superskin 360 Original Tiada Hologram

Sedih apabila masih ramai tertipu dan terpedaya dengan tajuk “DMS 360 ORIGINAL WITH HOLOGRAM”, “NEW DMS 360 HOLOGRAM” atau ramai sangat masih tertipu dengan produk Dermax Superskin 360 tiruan di luar sana yang masih menggunakan HOLOGRAM sebagai bukti bahawa produk tiruan DMS mereka adalah ORIGINAL.
Dan malangnya di Shopee sendiri terlalu ramai kedai pemborong dan kedai kecantikan dan kosmetik ini menjual produk DMS 360 secara meluas dan sememangnya tiruan 100%.
YA. Di Shopee ada ramai peniaga menjual produk FAKE DMS 360 atau Dermax Superskin 360 dan menggelarkannya sebagai ORIGINAL. Malah ramai membeli dan tertipu. Mungkin kesannya tak berapa ketara bagi anda, mungkin juga muka tidak rosak. Namun ada juga rosak dan kecewa dengan DMS setelah terpakai produk FAKE ini.

 

Untuk ke sekian kalinya, SET ASAS DMS 360 DERMAX SUPERSKIN 360 SUDAH LAMA TIDAK MEMPUNYAI HOLOGRAM. Produk original DMS tidak mempunyai HOLOGRAM sama sekali semenjak kemunculan FAKE DMS pada tahun 2016.

NAH!

Pada penghujung tahun 2016, kami sudah tidak mempunyai apa-apa hologram pada set asas Dermax Superskin 360 apatah lagi set asas Glowing Speed langsung tidak pernah ada HOLOGRAM mahupun di seal dengan PLASTIK. 

 

Set asas Glowing Speed Fake ini mempunyai seal/plastik sedangkan set asas Glowing Speed Original tidak pernah diseal.

 

Malah, untuk pengetahuan kalian semua, set asas Dermax Superskin 360 / DMS 360 dan Glowing Speed 24k Gold telah diberhentikan pengeluarannya pada tahun 2017 sekitar bulan 8 dan dikeluarkan semula dengan wajah baru dan nama baru pada bulan May-June 2018 iaitu tepatnya pada minggu kedua bulan Ramadhan 2018.

Bagi yang mengikuti website DMS ini tahniah saya ucapkan kerana kalian benar-benar pengguna yang teliti dan sayangkan wajah kalian. Namun segelintir lebih gemar jimatkan wang berbanding sayangkan muka kalian. Sayang sekali. Namun lebih menyedihkan apabila mereka yang rosak mukanya kerana produk fake DMS ini menyatakan dan menyalahkan bahawa produk original DMS yang membuat onar. Rosak muka kerana DMS. Bukan kerana salah diri sendiri terbeli produk tiruan DMS, tetapi salah DMS.

Palit buruknya kepada kami. Merosakkan brand dan lantas kepercayaan ramai. Kesian sekali DMS difitnah sedemikian rupa.

Walau demikian, syukur alhamdulilah walau ada buruknya tetap ada baiknya. Ramai yang mendapat kesedaran dan sedar bahawa memang wujud produk FAKE DMS 360.

Saya senaraikan produk DMS Fake di pasaran tidak kiralah di kedai-kedai, di instagram, facebook, shopee, lazada mahupun di mana juga mereka ini pasarkan.

Baca : Review Sabun Honeydew DMS 360 dan Super Stemcell Tiruan di Shopee

Produk FAKE DMS 360

1. Set asas DMS 360 (skincare DMS)
2. Set asas Glowing Speed (skincare DMS)
3. Serum Stemcell Apple
4. Serum Stemcell Gold 24k
5. Jamu Kurus (nama fake miss slim/love slim/selim melim)
6. Sabun honeydew DMS 360
7. Sabun Glowing Speed
8. 4D foundation (botol gold lama)
9. CC Hybrid (botol gold-brown)

Saya harap entri ini dapat membuka minda anda semua. Tolonglah jangan kerana sayangkan duit anda sanggup merosakkan wajah anda semua.

Produk original banyak dan kami ada menjual di Shopee dan Lazada juga selain memarketingkan produk DMS 360 di media sosial Instagram dan Facebook. Anda harus tahu bagaimana untuk kenal pasti produk DMS ini original atau tidak. Juga setiap agen sah DMS360 mempunyai kad agen tersendiri. Berikut ialah contoh 2 kad agen sah DMS 360 yang anda bakal temui bersama agen sah DMS 360. Untuk saya sendiri, saya memegang kad biru (leader), manakala kebanyakkan agen sah DMS 360 memiliki kad hitam (agen/stokis).

Anda ada hak untuk meminta seller DMS tersebut memberikan kad agen mereka membuktikan bahawa mereka bukanlah agen tipu atau menjual produk fake DMS 360.

 

Dapatkan Produk DMS 360 Dermax Superskin360 Original di sini. Jaminan Wang dikembalikan Jika Fake. Awas dengan produk DMS 360 Tiruan
 
 
 
 
Ada Beberapa Cara Untuk Menempah Produk Original DMS 360
 
 
1. Terus menempah di laman website DMS iaitu www.dms360.my . Pembayaran boleh dibuat secara terus melalui banking online.
2. Anda ada SHOPEE akaun? Boleh menempah di kedai saya ID: emmemarina (link : https://www.shopee.com.my/emmemarina)
3. Jika anda mempunyai soalan atau mahukan konsultasi dari saya sendiri boleh terus hubungi saya
Whatsapp (24 jam) : 018-9100 852
Call ( 10 Pagi – 6 Ptg) : 018-9100 852
Email : emmemarinaent@gmail.com
4. Anda boleh hubungi mana-mana AGEN SAH DMS 360 (link: http://www.dms360original.com/p/stokis-dan-agen-sah-dms360-srikandi.html) Sila semak jika ada agen-agen DMS berdekatan anda semua 🙂
 
 

Carian Berkaitan:
dms 360 tiruan
dms 360 bahaya
dms 360 original
dms 360 tak berkesan
glowing speed bahaya
keburukan dermax superskin 360
produk dms 360 bahaya
produk dms 360 murah
produk dms 360 tiruan
produk 360 bahaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *