DMS360 Original

Berita Terkini Dermaxsuperskin 360

Assalamualaikum semua, apa khabar?

 

Sudah agak lama saya tidak menulis di sini. Ada yang bertanya apa cerita syarikat DMS360 sekarang?

 

Slow down dah ke?

 

Hai, biarlah saya bercerita serba sedikit tentang DMS360 atau Dermaxsuperskin 360. Syarikat DMS bermula dengan memviralkan skincare yang diberi nama DMS360 juga Dermaxsuperskin 360. Hah, nama syarikat sama dengan nama set asas. Set skincare ini ada 3 item iaitu sabun, krim siang dengan spf dan krim malam.

 

Set asas DMS360 memenangi Anugerah Antarabangsa pada tahun 2014

 

Bagaimana CFU mulakan viral ni saya tidak pastilah tetapi sokongan agen CFU semasa itu sangatlah mengkagumkan. Marketingnya penuh di Facebook. Masa ni, saya masih belum lagi jadi pengguna apatah lagi agen sah. Rasanya dalam tahun yang sama iaitu pada tahun 2013, hujung tahun saya mula berkenalan dengan produk DMS360. Pada masa ni, saya memang sedang mencari produk yang sesuai untuk masalah wajah saya.

 

Sebelum saya mula amalkan skincare DMS360, saya merupakan pengguna Dnars Skincare. Okaylah tetapi masalah utama saya iaitu kulit kering dan sering menggelupas tu masih tidak dapat diatasi walau sudah lama mengamalkan Dnars. Toner Dnars yang agak kuat itu juga agak merisaukan jadi lama-lama saya berhenti memakai Dnars dan mula mencari produk lain untuk membantu mengatasi masalah kulit kering/gelupas dan kusam saya ni.

 

Masa saya kenal DMS tahun 2013 tu, packaging set asas DMS360 dah berubah 6-7x dah tahu sehingga kini. Yang saya beli masa tu ialah packaging kedua. Malangnya lah, wujud lagi packaging kedua tu sampai hari ni. Padahal HQ dah tak keluarkan dah packaging DMS tu.

 

 

Saya berharap anda tidak berputus harapan dengan kami. Sudah hampir 7 tahun di pasaran dan walaupun viral agak slow tetapi kami tetap berdiri. Apa orang kata, adatlah dalam berniaga kan. Saya juga lihat sepanjang 7 tahun ini terlalu banyak skincare di Malaysia. Dan saya bersyukur walaupun demikian, produk skincare DMS360 tetap mempunyai pelanggan setia dan pelanggan baru 🙂

 

Saya harus akui mungkin juga pihak DMS mengeluarkan terlalu banyak produk baru sehingga pelanggan sendiri pening melihatnya. DMS Viral, GS Viral, 5in1 DMSONE Exclusive dan DMS56 Exclusive dikeluarkan sekaligus pada tahun 2017 sangat mengelirukan bukan sahaja kepada anda, tetapi kami juga sebagai stokis DMS.

 

Flash back jom! Produk yang saya sebutkan ini sebenarnya sudah tidak lagi dikeluarkan oleh HQ tetapi masih ada as clearance stok produk. Jadi mungkin anda akan bertemu produk ini yang masih dijual oleh agen-agen DMS. Malah kami juga masih mempunyai produk ini dan saling membantu agen-agen DMS sehinggalah kami semua berjaya menghabiskan set ini. insha Allah.

 

DMS360 GS viral skincare

DMS360 DMS viral skincare

DMS360 5in1 dmsone exclusive

DMS360 dms56 exclusive

 

Mungkin anda fikir produk ni tak bagus ke? Bukanlah begitu sebenarnya namun dalam perniagaan ada masanya produk yang kita rasa akan jadi HIT mungkin sambutan tidak cukup menggalakkan walaupun keberkesanannya terbukti.

 

Apa yang anda perlu buat ialah cuba dulu dan insha Allah kalian akan jatuh cinta punyalah. Baru-baru ini pihak HQ DMS ada mengeluarkan kenyataan bahawa DMS akan mengekalkan produk TOP sahaja iaitu;

 

  1. DMS360 rescue
  2. Glowing Speed Galatica
  3. Serum Glowing
  4. Stemcell Plus
  5. 4D Foundation
  6. 5D Foundation
  7. CC Hybrid Cream Foundation
  8. Kopi Montok (DMStox)
  9. Fat Loss
  10. Miss Me

 

Sepuluh produk DMS yang sememangnya dari awal lagi sudah pun mendapat tempat di hati pengguna DMS sejak tahun 2013.

 

Mahukan lebih banyak informasi terkini mengenai produk dan syarikat DMS360?

 

Teruskan bersama saya di blog rasmi stokis sah DMS360, Emme Marina.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!