DMS360 Original

Skincare DMS Boleh Ke Campur Dengan Brand Lain?

Ramai bertanya soalan kepada saya, adakah skincare DMS 360 iaitu DMS360 Rescue atau Glowing Speed bercampur dengan produk skincare dari Brand lain? Jawapan sebenarnya adalah BOLEH.

 

Kebiasaannya produk kecantikan lain ni melibatkan penjagaan lengkap kulit wajah kita, iaitu;

  1. Pencuci muka
  2. Krim muka (siang atau malam)
  3. Serum wajah
  4. Foundation
  5. Alatan Mekap (kosmetik)
  6. Masker
  7. Scrub Muka
  8. Toner

 

Yang selalu kami nasihatkan ialah diwaktu awal penggunaan elakkan menggunakan bedak campur. Dan jika anda mempunyai masalah kronik seperti jerawat nanah, jerawat akibat resdung, muka sensitif, ruam teruk, muka rosak atas pelbagai faktor maka anda sangat kami sarankan untuk tidak bercampur dengan mana-mana skincare atau kosmetik dari brand selain DMS360.

 

Kita tidak mahu ada masalah atas sebab ketidakserasian, dan bila ini berlaku kita tidak tahu yang mana satu antara brand ini penyebab kepada rawatan tidak berkesan.

 

Produk penjagaan wajah DMS360 merangkumi 3 item iaitu;

  1. Set asas terdiri daripada sabun, krim uv dan krim malam (DMS360/ Glowing Speed)
  2. Serum (Serum Glowing/ Stemcell Plus)
  3. Foundation dan sunblock (4D/ 5D/ CC Hybrid Foundation)

 

Set Asas Glowing Speed Galatica

 

Set Asas DMS360 (Dermaxsuperskin 360)

 

Sekarang HQ hanya fokus kepada 2 set asas ini sahaja. Insha Allah kurang kekeliruan kalian bila DMS hanya ada 2 skincare untuk dipilih.

 

Serum Glowing
Stemcell Plus (Stemcell Apple & Apple Gold)

 

Serum juga fokus kepada 2 jenis serum iaitu Serum Glowing merupakan serum vitamin C sesuai bagi masalah jerawat, resdung, dan penentang radiasi terbaik. Oleh itu, Serum Glowing DMS sangat sesuai dipakai waktu siang dan malam. Stemcell Plus pula merupakan serum sel, serum ini sangat berkesan merawat masalah kulit tua, kulit rosak dan meremajakan wajah anda. Stemcell dipakai waktu malam sahaja dan juga disarankan bagi mereka yang mempunyai masalah jeragat termasuklah hyperpigmentation.

 

Ultra HD 4D Formula Foundation (SPF50)
5D Foundation (SPF45)
Hybrid CC Foundation (SPF45)

 

Sehingga kini, ketiga-tiga jenis foundation ni sangatlah best sebab permintaan tak pernah surut!

 

Anda boleh mix dan blend foundation ini tau. Contohnya, blend/mix 4D dan CC Hybrid atau anda boleh sapukan dahulu 4D Foundation sebelum menutup dengan CC Hybrid Foundation.

 

Seperti kalian sendiri baca di sini, produk DMS kekurangan banyak item sebagai rutin penjagaan wajah anda. Oleh itu, tidak ada masalahnya jika anda nak mencuba produk lain sebagai pelengkap rutin kecantikan anda.

 

Saya sendiri sebenarnya memakai produk dari brand lain contohnya Water Rose Beauty dari Bio Essence, scrub muka dari St. Ives dan saya sangat suka pakai masker tau. Ada banyak jenis masker yang saya ada. Malah foundation juga ada selain dari brand DMS360, contohnya kesukaan saya Tinted Sunscreen dan Pearl Cream dari Sendayu Tinggi. Ini sebenarnya sentiasa try and error juga. Ada produk yang bila saya gunakan bersama tiada kesan, ada yang membuatkan wajah lebih kusam dan kombinasi yang saya gunakan sekarang nampaknya lebih serasi kerana ada keserasian dan wajah semakin bersih, berseri dan seriusly saya mungkin akan kekalkan apa yang saya amalkan pada hari ini.

 

Jadi, persoalan kalian semua boleh atau tidak produk DMS360 dipakai bersama produk-produk kecantikan dari brand lain?

 

Ya! Cuma anda harus tahu yang mana serasi yang mana tidak. Perhatikan kesannya, dan jika tidak serasi, berhenti memakai produk tambahan tersebut. Okay?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!