DMS360 Original

Suplemen Penyembuh Kanser Si Kecil

Ibu pesakit saya datang membawa sebotol suplemen kepada saya. “Boleh ke saya nak bagi anak saya makan. Orang yang jual ni cakap boleh sembuh kanser anak saya.” Saat itu saya rasakan membuak darah naik ke muka saya. ” Penjual suplemen tu siapa? Doktor onkologi ke?” tanya saya sambil menahan rasa geram. ” tu saya maghi tanya Cik Qay dulu. Tak berani beli.” tulus ibunya menjawab. ” Takpe. Saya lebih suka Ma tanya saya dari terus bagi anak makan. Suplemen ni kita tak tahu apa isinya. Kapsul putih macam ni mana pun boleh beli. Isi serbuk kayu, akar kayu pun boleh.